Struktur Asas Bahasa Arab

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
اهلا و سهلا و مرحبا بكم في برنامجنا من جديد
(selamat datang ke program kita ini lagi)

Sebelum nahnu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam, perlulah nahnu faham akan struktur asas bahasa tersebut. Tanpa membuang masa antum semua, mari nahnu belajar struktur tersebut.


Struktur asas bahasa Arab
  1. Lafaz (لَفَظ) merujuk kepada semua perkataan yang dihasilkan oleh lidah.
  2. Lafaz terbahagi kepada dua iaitu Maudhu' ( مَوْضْوع - perkataan yang bererti seperti كُرْسِيّ (kerusi), مَكْتَب (meja) dll) dan Muhmal ( مُهْمَل - perkataan yang tidak bererti seperti Coca-Cola, Pepsi dll).
  3. Maudhu' terbahagi kepada dua iaitu Mufrad ( مُفْرَد - perkataan tunggal seperti كِتَاب (buku)) dan Murakkab ( مُرَكََّب - perkataan gabungan seperti  كتاب الله (Kitab Allah)).
  4. Mufrad terbahagi kepada tiga iaitu Ism ( إِسْم - kata nama), Fi'l ( فِعْل - kata kerja) dan Harf ( حَرْف - perkataan seperti مِنْ (daripada), إِِلَى (kepada), عَلَى (atas), تَحْتَ (bawah), عَنْ (tentang/berkenaan) dll)
  5. Murakkab terbahagi kepada dua iaitu Mufid ( مُفِيد - berguna) dan Ghair Mufid ( غَيْر مُفِيد - tidak berguna). Mufid adalah gabungan perkataan yang memberi maksud yang diingini manakala Ghair Mufid adalah gabungan perkataan yang tidak memberi maksud yang diingini atau tidak sempurna.
Semoga antum semua terhibur dengan pelajaran hari ini.. :D

Mansur - 9 Rabiu al-Akhir 1436

Tiada ulasan:

Catat Ulasan