Assalamualaikum,
Setelah mengetahui semangat prinsip Tauhid dan kod tingkah laku Islam, seseorang itu dengan mudah dapat memahami bagaimana sesebuah ummah yang bergerak berdasarkan ruh Tauhid dan kod tingkah laku Islam pasti akan menjadi ummah yang paling bertamadun, paling berbudaya, paling aktif dan paling bermotivasi di dunia.
Antara ciri-ciri yang ada pada ummah tersebut ialah:
- Percaya kepada Allah (swt) sepenuhnya
- Yakin dengan pertolongan Allah (swt)
- Tekun dalam melaksanakan setiap tugas demi kepentingan negara dan ummah
- Tidak mempunyai niat jahat, tiada dendam terhadap mana-mana individu atau negara
- Sabar dalam memberi sokongan kepada kebenaran
- Berani mempertahankan keadilan
- Tidak berat sebelah
- Mempunyai maruah dan qanaah
Manakala antara ciri-ciri pemimpin ummah tersebut pula adalah:
- Bijak
- Mesra rakyat
- Tidak mementingkan diri sendiri
- Lemah lembut dan rendah hati dalam perlakuannya dengan orang awam
- Melihat kedudukan dan kekayaan yang diberi sebagai hadiah daripada Allah (swt) yang mesti digunakan untuk berkhidmat kepada orang-orang yang memerlukan
Ciri-ciri di atas bukanlah sekadar imaginasi semata-mata. Ianya telah dibuktikan oleh para sahabat Nabi (ra) seperti berikut:
- Khalifah Islam kedua iaitu Sayyidina Umar (ra) bukan sahaja seorang pemimpin yang adil dan saksama tetapi juga seorang yang hidup secara sederhana, serba kekurangan dan sanggup berkorban demi rakyat. Beliau memakai pakaian yang dijahit dengan tampalan. Beliau duduk di atas tanah untuk mengambil keputusan penting negara. Beliau bergerak secara rahsia untuk mencari anak-anak yatim dan janda-janda yang memerlukan dan tidak teragak-agak untuk menggunakan belakangnya sendiri untuk mengangkut makanan dan bekalan lain untuk melegakan kelaparan dan kekurangan mereka.
- Khalifah Islam ketiga, Sayyidina Usman (ra) berdiri unik dari segi pengorbanannya untuk Islam dan ketabahan beliau. Ketika ummah dalam kesempitan, beliau mendermakan berjuta-juta hartanya untuk kebajikan Islam dan umat Islam. Apabila penderhaka mengepung rumah beliau untuk membunuhnya, beliau tidak membenarkan mana-mana pengawal peribadi beliau untuk menggunakan pedang dalam pembelaannya. Tindakan beliau adalah berpandangan jauh kerana beliau tahu bahawa penggunaan pedang dalam pertahanan peribadinya akan membuka pintu-pintu kerosakan yang tidak berkesudahan dan pertumpahan darah dalam negara Islam.
- Khalifah Islam keempat, Sayyidina Ali (ra) telah melepaskan musuh Islam yang telah meludah di mukanya. Musuh itu tidak dibunuh dan dibiarkan bebas kerana beliau tidak ingin membalas dendam dendam peribadinya yang telah terangsang kerana ludahan si musuh tersebut. Sebelum ludahan tersebut, beliau ingin membunuhnya kerana permusuhan musuh tersebut terhadap Allah (swt).
Oleh itu, marilah kita bersama-sama beramal dengan tauhid dan kod tingkah laku Islam untuk mengembalikan kegemilangan ummah Islam. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan