Tauhid

Assalamualaikum,

Selain daripada 'Hikmah', faktor yang menyebabkan kegemilangan generasi awal Muslim adalah 'Tauhid'. Tauhid adalah satu kepercayaan, ideologi dan sumber kerohanian yang menyeru manusia untuk melindungi diri mereka daripada mensyirikkan Allah (swt) dengan sesuatu yang lain.

Semua Muslim yang beriman mesti percaya dengan teguh bahawa untung atau rugi, kebaikan atau keburukan semuanya dari Allah (swt). Tiada manusia, besar atau kecil, mempunyai kuasa untuk memberi sesuatu dan menahan sesuatu pun. Oleh itu, hanya kepada Dia sajalah kita patut takut, cinta dan meminta sesuatu.

Semua manusia adalah sama. Jadi, tiada seorang pun mempunyai hak untuk memerintah dan memperoleh autoriti ke atas orang lain. Tiada manusia mempunyai hak untuk membuat undang-undang untuk manusia. Hukum shariah telah diturunkan oleh Allah (swt) kepada manusia dan kita sebagai manusia mesti faham dan ikutinya dengan ikhlas dan tekun.

Perbezaan dalam kalangan manusia hanyalah dari segi keupayaan dan status. Dalam kalangan manusia ada golongan ilmuan, jahil, kaya, miskin, pemerintah, rakyat, hakim, profesor dan peniaga. Walau bagaimanapun, semua ini dicipta Allah (swt) hanya sebagai watak kehidupan manusia. Yang betul-betul mendapat kebaikan adalah mereka yang bernasib baik dapat mengakui kebesaran Allah (swt) serta dapat tunduk dan taat kepada perintah-Nya.

Pemahaman Tauhid seperti inilah yang menyebabkan generasi awal Muslim mempunyai wawasan yang tinggi serta keberanian dan keinginan yang kental untuk hidup dan mati kerana Allah (swt). Mereka tidak pernah takut kepada kuasa politik terbesar di dunia pada waktu itu dalam menyebarkan Islam kerana mereka tahu yang betul-betul berkuasa hanya Allah (swt).

Mansur - 16 Safar 1436

Tiada ulasan:

Catat Ulasan