اهلا و سهلا و مرحبا بكم في برنامجنا من جديد
Pada hari ini, kita akan belajar tentang kata nama (Ism) dalam bahasa Arab.
Ism ialah satu perkataan yang menamakan sesuatu benda dan bukan pula merujuk kepada masa samada nama-nama manusia, nama-nama binatang, nama-nama negeri, gunung, tasik sungai dan sebagainya. Untuk pelajaran kita, kita paggil sahaja Ism dengan "kata nama".
Tanda-tanda sesuatu perkataan itu merupakan kata nama adalah seperti berikut -
- Alif Lam ( ال ) seperti الحمد (al-Hamdu), الولد (al-Walad)
- Tanwin ( ً ٍ ٌ ) seperti بَيتٌ (Baitun), أَسَدٌ (Asadun)
- Isnad (Sandaran) seperti رَجُلٌ قَائِمٌ (Rajulun Qaimun) - Rajulun [kata nama] dan Qaimun [Isnad]
- Huruf terakhir dibarisbawahkan selepas bertemu dengan Harf seperti مِنَ المَدْرَسَةِ (Mina al-Madrasati) - Mina [Harf] dan al-Madrasati [kata nama yang mana huruf terakhir dibarisbawahkan]
Mansur - 15 Rabiu' al-Akhir 1436
Tiada ulasan:
Catat Ulasan