Insha Allah, saya akan mulakan blog saya dengan ringkasan buku sejarah berjudul "The Rise and Fall of Muslims" karangan Maulana Saeed Ahmad Akbarabadi, seorang 'alim dari India. Saya berharap dengan karangan saya ini, tuan puan dapat memahami apa itu Nour.
Selepas kewafatan Rasulullah (saw), generasi awal Muslim telah meninggalkan tanah Arab untuk mengembangkan Islam ke setiap sudut dunia. Mereka sentiasa diberikan kemenangan demi kemenangan. Dalam kurun pertama Hijri, mereka sudah menawan Sind, Turkistan dan Andalusia walau penentangan daripada musuh sangat kuat dan padu.
Selain daripada perluasan pengaruh politik dan ketenteraan, mereka juga berjaya menyebarkan Islam ke dalam kehidupan rakyat dalam taklukan mereka. Semua kawasan taklukan tersebut mengikuti warna-warna ketamadunan Islam terutamanya dari segi sistem moral, budaya, kesenian dan keilmuan.
Walau bagaimanapun, semuanya kini telah berubah. generasi Muslim kini disifatkan sebagai tidak berbudaya, jahil, dan cepat mengikut budaya lain tanpa usul periksa.
Mengapa perkara ini terjadi? Untuk memahami fenomena yang ini, saya akan cuba menyampaikan penjelasan Maulana Saeed dengan bahasa yang mudah dalam karangan-karangan saya akan datang.
Semoga para pembaca dapat memberikan pendapat-pendapat yang bernas terhadap karangan-karangan saya ini.
Mansur - 28 Muharram 1436
Gambar hiasan: Asas ketamadunan Islam adalah pemahaman Quran yang benar